Mengorbankan dan Meninggalkan

Walaupun cinta itu — yang aku dengari,
Perlu sesuatu sebagai korban,
Agar terbukti jelas hadir rohnya,
Tetap tidak aku jadikan sebagai tanda.

Kerana ada waktunya cinta tidak jelas,
Seperti kesamaran subuh menanti pagi,
Hanya yang arif mengenal fajar,
Pastinya bukan aku mahir cinta itu.

Sungguh tidak ingin aku pergi,
Dari pedati yang membawa diri,
Menyelusuri tiap-tiap bait cinta,
Yang dahulunya dianggap bukti.

Kerana kuyakin adanya Yang Satu,
Yang tetap terus hidup abadi,
Menyelenggara perasaan ini,
Daripada terkulai mati tersepi.

Mengorbankan sesuatu demi cinta itu biasa,
     Manakala meninggalkannya — tidak dianggap biasa.

S.H. VI-I-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *