Menjadi yang Pertama

Sering kali terlupa dan tersilap,
Bahawa melihat bukan tanda cinta,
Bahkan menegur hanya basahan bicara,
Yang kebanyakan kita, atau aku, keliru.

Aku pernah berdiri lemah di hujung rasa,
Meratap kesilapan aula lalu,
Yang menghanyut diri ke pinggiran kesal,
Sehingga mata dibutakan oleh hilang asa.

Kemudian, aku kembali pula berharap,
Agar hati ini mudah terawat lukanya,
Dengan memandang dia dari mata ini,
Dan menanam benih rasa yang lain pula.

Menjadi dua kesilapan kuutarakan;
Hubungan itu hanyalah perhiasan,
Dan betapa dungu diriku ini percaya,
Bahawa ada cinta kedua yang mampu kupangku.

Sangkar jiwa ini kekal beronakan kita.
Walaupun takdidendangkan bergema khabarnya,
Aku tetap di sini menunggu sahutan,
Agar yang mati dapat dihidupkan semula.

Selamat malam, wahai yang dirindukan.
     Semoga aku masih menjadi yang pertama.

S.H. XV-XII-MMXXII  

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *