Menterjemah Duka

Saat pertama kali kukenal rindu,
Sungguh asyik menangis sepi.
Namun bila masanya kian benci,
Oh, pasti benci itu lonjak pergi.

Jangan disalah aku berpasrah,
Padahal tipu selalu hati ini.
Jika ditimbang zatnya kecewa,
Sakti apapun kamu, tidak keruan jarumnya.

Tokok tambahlah lagi sebabnya,
Supaya kukuh melangkah tiada sesalan.
Kan manusia itu selalu keliru,
Antara sendiri dan teman kepuasan.

Cukup-cukuplah sandiwara berjela,
Bergelojak muak hempedu ini.
Jangan kerana dianggap sekejap terasa,
Menerus selesa suci tidak tersentuh.

Jika duka itu aku terjemahkan,
     Beritahu aku bahasa apa, kurang kesannya.

S.H. I-IV-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *