Menutup Mata

Bersedia atau tidak,
Aku yang kita ketahui ada,
Akan menghilang dari pandangan,
Saat segala-galanya telah selesai.

Kisah sedih bukan tujuan aku maklumkan,
Namun hanya sekadar membicara yang benar,
Kerana tidak mungkin aku masih digantung,
Oleh bayangan kesepian buat-buat aku itu lagi.

Mungkin juga benar soal kesepian itu,
Namun tidaklah mengubah apa-apa,
Diri aku yang kian pergi menjauh,
Dari segala yang membuat bibir melekuk tinggi.

Andai satu hari nanti,
Aku telah menutup mata,
Pesanan damai ini aku wasiatkan,
Sebagai hiburan tidak berpenghujungmu.

Dan sekali lagi kelopak mata mengeras,
Aku mohon kepada Tuhan yang memerhati,
Untuk memudahkan jalanku yang sendiri,
Kerana belum pasti bersatu kita nanti.

Andai sedih dan kecewa menemani sepanjang jalanku,
Aku berharap kamu tidak menemuiku,
Kerana bahagiamu tidak aku ikat bersamaku,
Berhak kamu ialah mutlak hidupmu.

Secangkir perangsang di sini aku hirup,
Agar segala yang susah menjadi tidak kelihatan,
Walau untuk sementara waktu itu,
Sudah cukup menjauh demi kebaikan kita.

Sekali lagi aku menutup mata,
Pasti, kamu boleh terus dengan apa yang kamu harapkan.

S.H. VII-VI-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *