Menyeksa Harapan

Hidup diasak penuh batuan,
Bukanlah penghenti perjuangan.
Kerana juangnya pedoman cinta,
Hati duniawi sendiri cambahkan.

Aku yakin kata manusia,
Bahawa hati ini bentengnya kuat.
Namun jika rasa gelojak tiada aral,
Mampukah sukma menahan lagi?

Jika sudah pengharapan diparut,
Lalu dibiar melata tiada terpaut,
Maka kekallah merosak Si Hati,
Yang katanya menyeksa harapan.

Biarlah peristiwa lama menyepi,
Kerana tak sanggup merasa, menilai,
Demikian jua rasa disua,
Hanya kamu, tetamu penawar.

Kita -
     Penyeksa harapan.

S.H. XX-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *