Walaupun sejuta rekaan alasan,
Tetap kutahu asalnya,
Kerana telah berkali-kali kuamati,
Betapa hebat kamu menimbul musabab.
Jika berterusan menghambur penipuan,
Tiada lain mampu kamu kuanggap,
Melainkan Sang Pendusta penuh jawapan,
Hanya demi mengelak yang dienggankan.
Andai terus kamu begini,
Ketahuilah kutetap menyayangimu,
Cuma terkadang taktertahan juga,
Apabila maruahku diparaskan bersama dina.
Cukuplah aku merungut kecewa,
Tidak sedar pilihan ini diperibadikan,
Tiada yang dipersalah melainkan diri ini,
Yang terus-menerus mereka kebahagiaan.
Kuterbayang indah hebat cinta kejujuran,
Yang masih kuidamkan mesti nista penuh di dada.
S.H. XXVIII-I-MMXXII
Related