Mulia dan Hina

Terkadang kita buntu,
Mahu diangkat apa di dalam doa?
Perlukah disebut ini dan itu,
Agar Tuhan mengutamanya?

Bahkan juga dalam setiap doa itu juga,
Kita menumpang mulianya Muhammad.
Harapnya boleh diampun dan dikabul,
Oleh Dia yang Maha Berkuasa.

Walau Hamba ini mulia,
Selalu terjebak di fikir, inilah yang hina.
Berlaku baik di mata tuannya,
Biar semua benar ketahuan awalnya.

Selalu juga kita meminta,
Namun tiada perasan kita mengangkuh.
Siapa kita mahu diturut,
Muhasabah biasa menjadi lapikan.

Tuhan, aku bersalah.

S.H. XXI-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *