Pada Penghujung Jun

Pada penghujung Jun
Kudrat aku sukar dihitung
Bandingan seksa menghadap dunia
Yang perubahannya memakan sabar.

Di saat aku menulis ini,
Aku hampir mengerti kukira,
Bahawa sekiranya jika tidak diperkasa,
Rasa dan cinta akan pudar juga.

Tatkala aku mulai bosan,
Dengan rasa yang pernah aku tanamkan,
Aku yakin sakitnya bukan di bawah dada ini,
Tetapi di palung mereka yang bersekali.

Ingin aku tuliskan surat buatmu,
Menzahirkan betapa aku merasa letih,
Memberi rasa yang aku sendiri belum pasti,
Agar harapan kita melebur menjadi pengertian.

Oleh itu, dengarlah,
Andai saatnya tiba aku berubah,
Kesabaranmu dituntut memeran,
Kerana manusia biasa, kata aku.

Selain itu, jika benar aku pergi,
Dengan tiada alasan tulen,
Itulah pilihanmu antara duanya,
Menunggu atau menghabiskan asa.

Pada penghujung Jun ini juga,
Mesti tandanya hanya habis sepenggal,
Aku harap waktu-waktu yang mendatang,
Menjadi penggerak jalanku ke keabadian.

Keabadian yang aku harapkan mungkin bersifat sementara,
Tiada aneh kerana memang dunia menipu kita,
Namun, cukup untuk kamu dan aku tahu dengan benar,
Bahawasanya cinta aku kepada sesiapa pasti sebentar.

Andai kecewa hadir di sisimu,
Ketahuilah pada penghujung Jun ini saksi aku berputus asa.

Oleh pemeri tidak berguna, pada akhir Jun.
S.H. XXX-VI-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *