Kepada sahabat baharuku, Kuucapkan darjat keselamatan, Atas kejayaan menempuh cabaran, Menjumpaiku yang giat menolak tawaran. Kepada sahabat baharuku, Izinkan kuperkenalkan diri ini, Yang sebenarnya lain beza daripada cakap-cakap, Semoga ketulusan tertinggi perkenalan ini. Kepada sahabat baharuku, Kuterangkan kesukaan dan kemahuan, Yang mungkin terjauh sukar diterangkan, Kerana sifatku yang menginginkan kelainan. Kepada sahabat baharuku, Kuminta penjelasanContinue reading “Kepada Sahabat Baharuku”
Mengira Berapa Jengkal Jauhnya Hati
Aku juga manusia, Yang berintikan rasa dan pemikiran, Andai diamati pola penilaian ini, Sudah tentu aku telah terbabas jauh. Pernah aku mengharapkan penuhnya impian, Bersama-sama mereka yang kuanggap teman, Serta sosok tubuh penyejuk kesedihan, Namun, aku tetap silap menilai kemahuan. Sebenarnya jaraklah yang memisahkan kita, Walau takterendah dirimu akan hal ini, Namun, sumpahku cakaran kecewaContinue reading “Mengira Berapa Jengkal Jauhnya Hati”
Membuka Pintu Ketenangan
Pada tanggal inilah yang kupilih, Sebagai masa sesuai mengungkap cinta, Yang pernah dikuburkan dan dihidupkan, Walau dikenal benar dalam jiwamu. Sengaja aku jeratkan kekuatan ini, Demi membuktikan kepanjangan rasa aku, Terhadapmu yang tidak pernah berkurang, Walau sejuta alasan kubentangkan. Namun, kujuga mengamati jelas dirimu, Yang pada hematku, tidak bersedia, Tidak diketahui sebab kehairanan, Mungkin sebenarnyaContinue reading “Membuka Pintu Ketenangan”
Mengejar Bayang-bayang Kesempurnaan
Menapakkan kaki di atas Bumi ini, Kian menyedarkanku tentang satu hal, Yang dilupakan hebat sepadang manusia, Bahkan, kesedaran ini juga menjengah rawaknya. Inti kesempurnaan yang dicari-cari itu, Sebenarnya berterbangan halus tingginya, Tanpa mampu tercapai tangan-tangan ini, Meski dibentang sejuta bentuk kudrat. Dalam mengejar bayang-bayang kesempurnaan, Aku terkandas, menenang dada keletihan, Kerana mencari yang jauh ituContinue reading “Mengejar Bayang-bayang Kesempurnaan”
Balasan yang Berangka
Ternyata aku juga tersilap, Dalam menilai keikhlasan jiwa, Manusia yang di hadapan banyaknya, Takterbeza antara mahu dan perlu. Sesungguhnya telah kuikrarkan hati, Untuk berjuang seluruhnya, Bagi membenarkan rasa ini, Agar disaksikan oleh seroja bertebaran. Kendatipun begitu, aku juga habis asa, Untuk melancarkan pembuktian ini. Mungkin kerana dijanjikan syurga di dunia, Keluhan sejuta belum pasti tertunai.Continue reading “Balasan yang Berangka”
Mereka Kebahagiaan
Walaupun sejuta rekaan alasan, Tetap kutahu asalnya, Kerana telah berkali-kali kuamati, Betapa hebat kamu menimbul musabab. Jika berterusan menghambur penipuan, Tiada lain mampu kamu kuanggap, Melainkan Sang Pendusta penuh jawapan, Hanya demi mengelak yang dienggankan. Andai terus kamu begini, Ketahuilah kutetap menyayangimu, Cuma terkadang taktertahan juga, Apabila maruahku diparaskan bersama dina. Cukuplah aku merungut kecewa,Continue reading “Mereka Kebahagiaan”
Kukorban Jiwa di Samping Tertawa
Walau belum hati ini percaya, Akan kekuatan cinta ini, Tetap digenggam tekad dalam dada, Bahawa dijaga hati, dibelai rasa. Namun, takseperti yang dibayangkan, Dek mahu melengkapi semuanya, Hampir terjerlus dalam sebelah kaki, Ke dalam hampa keterpaksaan. Sempat juga aku menoleh, Disaksi bayangan gelap keyakinan, Terhadap suatu rasa yang dihiaskan, Dengan pengharapan hebat Sang Manusia. DemikianContinue reading “Kukorban Jiwa di Samping Tertawa”
Mengorbankan dan Meninggalkan
Walaupun cinta itu — yang aku dengari, Perlu sesuatu sebagai korban, Agar terbukti jelas hadir rohnya, Tetap tidak aku jadikan sebagai tanda. Kerana ada waktunya cinta tidak jelas, Seperti kesamaran subuh menanti pagi, Hanya yang arif mengenal fajar, Pastinya bukan aku mahir cinta itu. Sungguh tidak ingin aku pergi, Dari pedati yang membawa diri, MenyelusuriContinue reading “Mengorbankan dan Meninggalkan”
Capaian Tangan
Jika benarlah kebebasan yang kaucari, Mengapa tidak diendahkan capaian tanganku? S.H. VI-I-MMXXII
Ikrar Janji
Di tepian pusara ini, Terjelma segala kenangan, Yang pernah menghiasi, Suratan kebersamaan. Tatkala pemergian ini tiba, Telah kubayangkan, Betapa taktermampuku, Melupa ikrar janji kita. Saat inilah jua, Kuterasa kesunyian malam, Bagai menusuk ke teras terdalam, Peti ingatan yang terkunci. Kumeminta bayu ini, Meragut jauh segala pedih, Mengering pulih segala luka, Agar termampu kutahan. Untaian kataContinue reading “Ikrar Janji”