Pindah dari Segala Duka

Kita ini manusia seawalnya,
Mungkin mulanya dimegah segala,
Juga malang itu tak terjangkakan,
Kerana seakhirnya juga kita manusia.

Apa yang disampaikan di sini,
Ialah segala kesedihan yang terukir,
Boleh jadi berat sebumi sakitnya,
Atau jauh sebenua pedihnya.

Juga disampaikan di sini,
Mungkin tak terkenangkan olehmu,
Yang kukira "Tidak rasa apa aku rasa",
Fahamanku memuncak meski ingin kutepis.

Sebenarnya seperti awalnya kita manusia,
Tidak pernah kuletak empati sebagai ukuran,
Kerana setahuku sedihnya segala macam berbeza,
Barulah tak dikatakan kamu, aku ini heboh semua.

Apakah tidak cukup lagi penenanganku ini?
Kamu terus berfikir naif aku pilumu,
Sedang aku ini juga teruji begitu galak,
Oleh Tuhan kita, pemilik segala rasa.

Dengarlah kecintaanku yang indah,
Pernah aku kecewa begitu hebat sekali,
Juga Tuhan kumansuh keagungan-Nya,
Betapa bodohnya aku sebagai manusia.

Namun Dia juga yang hadir dalam naluri,
Berfirman indah di telinga kiri dan kananku,
Bahawasanya Dia ada ketika nama-Nya diseru,
Bahkan setiap masa menjadi penawar hati terluka.

Kumengerti segala pedih pilu hatimu,
Dan akan kuanggap sebahagian daripada hidup,
Agar segala kenangan terindah ini bersaksi,
Bahawa ada aku menyaman detak jantungmu.

Di saat ini, sapaan sayangku kepadamu,
Agar terus berdiri teguh bersamaku,
Menggapai bahagia milik kita,
Yang semestinya kupertahan sepenuhnya.

Pindahlah dari segala duka,
Kerana tempat bahagia kita, kupersiap sehangatnya.

S.H. IX-VIII-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *