Ragu Membunuh Kita

Mungkin benar cinta melengkap,
Namun tiada dinafi rasa merosak,
Membawa kita ke arus perhambaan,
Menolak semua dibina berderai.

Nescaya menyayang semua ehwal,
Dari memandang ke menghadam,
Semuanya perlu disempurna,
Agar dicukupi oleh manusiawi bertakhta.

Dalam perjalanan angkuh mendewa,
Sudah pernah dipinggir membumi,
Barulah tahu kejamnya kita tiada timbang,
Kerana insan berhati dua, putih dan hitam.

Dalam melengkap mengembara dua,
Tiada perlu dipasti siapa yang bersalah,
Kekal menyedar sendiri berahsia besar,
Bicara membawa penceritaan baharu.

Ya, ragu membunuh kita.

S.H. XXV-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *