Sahaya Pemalsuan

Mahligai kesepian dan kebisuan,
Itulah pelabuhan bagi kita,
Yang selalu menyalah silang,
Asyik meronta meminta lepasan.

Belenggu kasih yang belum tamat,
Masalah terbesar bagi penunggu ihsan,
Kerana semuanya kita belum selamat,
Menjadi sukarelawan pengkhianat tautan.

Payah benar wacana tertamat,
Fikiran itu sepertinya kunci rapat,
Bahkan tumpuan hilang kerana manisan,
Oh, sungguh gila, bodoh, dan naif.

Sulaman permainan itulah mereka.
Sindiran tadi malah belum kesedaran.
Sungguh mengharap fahami keadaan,
Maksud mengerti itulah kesulitan.

Ingin sungguh aku berbicara,
     kita berdua bukanlah sahaya pemalsuan.

S.H. XX-III-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *