Sudah Lama, Vincenzo dan Bulan Berdarah

Kalau dikira saat saya mula menulis, sudah kira-kira hampir dua bulan saya tak menulis apa-apa entri di blog ini. Sekolah bersemuka yang telah bermula (walaupun sekarang ditutup balik) dan berbagai-bagai tugas yang perlu diselesaikan tidak memungkinkan saya mencungkil puisi buat masa itu. Walaupun tiada khabar berita, saya boleh dihubungi melalui pemegang (handle) Twitter @mohamad_asman.

Mengenai dua bulan yang hilang, saya suka untuk beritahu yang saya sudah menghabiskan tontonan drama Vincenzo yang menjadi cakap-cakap. Secara keseluruhan, 20 episod bagi saya satu mampatan cerita yang jika diregangkan pasti boleh sampai 30 episod. Apa-apa pun, saya berpuas hati kerana tidak terlalu banyak jargon yang digunakan. Sakit hati? Ya, dengan ular berzumba.

Poster Vincenzo

Lusa, Rabu, 26 Mei 2021 dilaporkan berlakunya fenomena gerhana bulan darah. Pastinya saya teruja untuk melihat jelmaan dewa Selene itu.

Fenomena gerhana bulan penuh

Selesai saya menulis, masuk waktu Maghrib dan puisi baharu akan menyusul.

S.H. XXIV-V-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *