Jika ditanya mengenai sayang,
Aku lebih rela menghitung tekun,
Tafsiran dunia mengenainya,
Kerana aku juga jahil membuah keterangan.
Saat pertama kali kita bertemu,
Itulah yang kuanggap tidak serius,
Dalam menilai pelbagai rasa,
Yang menjengah tiada dihentikan.
Kini pula aku terus-menerus mengukir cinta,
Daripada semangat timbulan kali pertama,
Yang berhasil menjadikan aku ini,
Lentera terang hidup orang terkaitkan.
Andai kehadiranmu sebenarnya tidak jelas,
Daripada menjadi yang abadinya di sisi,
Aku tetap memohon keizinan tulus,
Menjadi lelaki yang berturutan berkhidmat bakti.
Semuanya gara-gara kehormatanku yang kusanjung,
Demi membuktikan bahawa aku juga bersedia,
Menenangkan jiwa kecil yang kusayang,
Meski takterbalas sebagaimana diharapkan barisan manusia.
Walakin begitu, kuturut tertanya-tanya,
Sudikah diri ini tetap ada?
Yang kuserahkan kepada masa untuk menzahirkannya.
S.H. XVII-III-MMXXII
Related