Takut Pergi

Sungguh dibenci hati ini,
Kiranya meninggalkan semua,
Telaah dahulu bukan juga caranya,
Bahkan mungkin jejaknya hilang.

Cukup berkeringat jika difikir,
Bahkan hampir mati diingat,
Bahawa sudah sampai masanya,
Tersebut maktub perlu pergi.

Perlukah dikatakan lagi,
Memisahkan dua pihak yang bersekali,
Ibarat mengasing air dan pantai,
Mungkin warasnya hilang dibawa arus.

Masih difikir betapa kuatnya kita,
Takut pergi dari segala dibina,
Mungkin Tuhan tahu juga,
Bagaimana kurangnya hebat keresahan.

Sungguh belum sampai masa untuk pergi,
   Yang pastinya sekarang aku pergi.

S.H. VIII-III-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *