Telah Aku Putuskan

Ingin hatiku ini bertanya padamu,
Selesakah hidup begitu rupa?
Dalam keadaan aku tersedia menunggu,
Namun tidak diendah, seperti tiada harga.

Mungkin makan waktu penantian ini,
Bermula dari pintu hatiku terbuka,
Pada hari bersejarah itu,
Sehingga kini, tetap aku terkandas dibuli rasa.

Niatku ini telah dilemahkan begitu sahaja,
Oleh susuk tubuhnya yang kian kekal,
Berada dalam pemikiran bodohku ini,
Harapanku, tidak naik gila nanti semua.

Pandanganku, bukan kerana lainnya,
Atau perihal perasaan karutan semua,
Tetapi hanya kerana luaran itu tidak kenan,
Ah, anggapanku dijamin benar belaka.

Kerana jelaslah sudah masih kamu mencari,
Saat aku menghampiri kembali hari ini dan semalam,
Namun dianggap biasa, tidak bermakna,
Seperti tidak selalu perlakuanmu.

Tidak mengapalah jika begitu turutannya,
Walau pelbagai badai merosak hati aku,
Termasuk penantian panjang sepasang tahun,
Yang telah disusurkan tentang kita.

Sekali lagi, walau sehebat hancur dunia kekecewaan ini,
Cintamu menerangi hidupku, dan telah aku putuskan untuk terus mengingati itu.

Untuk Ryan,
S.H. XXIV-VII-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *