Tuhan, Aku Ragu.

Pernahkah kita membayangkan,
Bagaimana rupanya dunia tanpa kita?
Bolehkah merai selesa menempuh?
Kerana saat ini juga kita masih melepuh.

Pernahkah terlintas di hati kita,
Untuk menolak rasa bersama?
Hanya kerana menganggap jelmaan itu benar.
Jika benar, terlihatlah hati ini rosak.

Selalu bermain di akalku,
Untuk mendokong kendiri dan memaju.
Namun ragu ke puncak dengan kemampuanku,
Bolehkah nyawa lemah ini menguat, membangun?

Wahai Tuhan Maha Memahami.
Maafkan diri masih tiada peluang,
Untuk mengerti apa tujuan aku di sini,
Belum aku dapat apa-apa rasa dan tanda.

Jika benar dunia ini hanya permainan,
Mungkinkah aku pemenangnya,
Atau dunia fana lagi membohong ini,
Hanya tempat menzahir lemah, rosak hati ini.

Tuhan, aku ragu.

S.H. XVIII-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *