Tuhan Itu Maha Baik

Boleh dikatakan rindu itu penjara,
Bagi mereka yang mempertuan cinta.
Mereka boleh pergi dan melupa,
Namun memilih diseksa ilusi sendiri.

Aku meninggi mereka yang begini,
Kerana bagiku menunggu itu membunuh,
Boleh menjadi racun bertaut,
Yang memusnah warasnya kita.

Duduk di bawah cahaya buatan,
Membantu aku memerhati,
Hebat-hebat manusia yang mengeliling,
Membangun tembok membenar kerahsiaan.

Meski lumrahnya kita mengingati,
Tuhan itu Maha Baik juga ya?
Adanya hati kita tidak lengkap,
Perlu diisi dengan suluhan cahaya perhatian.

Tuhan, aku mengerti kesempurnaan-Mu.
     Aku, dan kita, merasainya.

S.H. XXII-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *